Laluan Sungai Perak-Menora sesak 7km

Aliran trafik sesak sehingga 7km. Makluman di laman Twitter LLM
Aliran trafik sesak sehingga 7km. Makluman di laman Twitter LLM
A
A
A

KUALA KANGSAR - Laluan lebuh raya dari Sungai Perak menuju ke Terowong Menora di sini mengalami kesesakan lebih 7 kilometer (km) akibat kemalangan melibatkan sebuah lori pagi tadi.

Kemalangan sekitar jam 6.50 pagi itu dilaporkan berlaku di Kilometer 258.3 arah selatan akibat sebuah lori terbabas melanggar pembahagi jalan.

Twitter rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan, trafik sesak disebabkan semua lorong terhalang.

"Setakat jam 1.15 tengah hari tadi, lorong kanan dan tengah telah dibuka, hanya laluan kiri masih ditutup dan trafik masih perlahan.

"Kerja-kerja pengalihan dan pembersihan sedang dijalankan," katanya.

Dalam pada itu, satu insiden berasingan berlaku di Kilometer 264.0 arah Utara dari Ipoh menghala ke Terowong Menora melibatkan sebuah treler dan lori.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian itu pada jam 6.19 pagi.

Katanya, tiba di lokasi terdapat seorang wanita iaitu penumpang lori berusia 36 tahun mengalami kecederaan.

Artikel Berkaitan:

"Mangsa telah diserahkan kepada pihak ambulans untuk tindakan selanjutnya.

"Operasi menyelamat tamat pada jam 7.29 pagi," katanya.