Mengamuk mahu jadi imam

Lelaki kurang siuman yang mengganggu jemaah di Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah 1 di sini berjaya ditahan dan diserahkan kepada polis semalam.
Lelaki kurang siuman yang mengganggu jemaah di Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah 1 di sini berjaya ditahan dan diserahkan kepada polis semalam.
A
A
A

KUANTAN- [DIKEMASKINI] Seorang lelaki ditahan polis selepas mengamuk dan mengganggu jemaah yang berada di ruang solat Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah 1 di sini petang semalam.

Lelaki tersebut didakwa bertindak agresif selepas hasratnya mahu menjadi imam tidak dibenarkan.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, pihak keselamatan masjid menenangkan lelaki berusia 40 tahun itu sebelum menghubungi polis.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Noor Yusof Ali berkata, dua anggotanya diarah ke lokasi selepas menerima panggilan berhubung kejadian dari pihak masjid.

"Lelaki itu agak agresif dan berada dalam keadaan tidak waras. Anggota polis kemudian membawanya ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk pemeriksaan," katanya.

Lelaki itu agak agresif dan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk pemeriksaan.
Lelaki itu agak agresif dan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk pemeriksaan.

Mohd Noor berkata, doktor mengesahkan lelaki yang beralamat di Rumah Pangsa Alor Akar di sini itu kurang siuman dan ditahan di Wad Dahlia kira-kira jam 11 malam tadi.

"Ahli keluarganya juga sudah dimaklumkan berhubung penahanan lelaki tersebut," katanya.

Artikel Berkaitan:

Kejadian itu dikongsi melalui Facebook Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah 1 Kuantan dan mendapat pelbagai reaksi netizen.

Pihak masjid melalui perkongsian itu memaklumkan akan sentiasa meningkatkan aspek keselamatan dengan menempatkan kakitangan keselamatan sepanjang hari walaupun tiada ancaman khusus terhadap keselamatan jemaah dan orang ramai.

"Para jemaah tidak perlu khuatir dan teruskanlah beribadah dengan khusyuk," tulis pentadbir Facebook masjid itu.