X

Kindly register in order to view this article
!

Warga emas rentung: CCTV rakam suami bawa tong petrol

Kamal Mustafa merupakan warga Mesir dan Kamariah Talib warga tempatan masing-masing berusia 70-an ditemui rentung di ruang tamu dan hadapan bilik air rumah mereka. Gambar kecil: Razarudin Husain
A
A

IPOH - Polis tidak mengesan sebarang bukti membabitkan suspek lain berhubung kematian sepasang suami isteri warga emas dalam kebakaran di sebuah apartmen Taman Meru Impiana, Jelapang Ahad lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain berkata, siasatan awal melalui rakaman litar tertutup (CCTV) menunjukkan tiada orang ketiga masuk ke rumah berkenaan melainkan kali terakhir si suami dengan membawa tong disyaki minyak petrol.

Menurutnya, berdasarkan keterangan yang diambil setakat ini, lelaki warga Mesir itu dilaporkan pernah mengalami kemurungan dan cuba untuk bunuh diri pada Jun lalu sebelum diselamatkan jiran.

"Kita akan menjalankan siasatan lanjut untuk memperolehi latar belakang lelaki berkenaan daripada saksi-saksi awam termasuk ahli keluarga kedua-dua mangsa bagi mengesahkan perkara itu.

"Daripada keterangan itu nanti, kita akan dapat membuat andaian masalah sebenar dihadapi lelaki itu yang membawa kepada motif kejadian sama ada disebabkan masalah kewangan, peribadi atau sebagainya," katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata, hasil laporan bedah siasat mendapati, isteri warga tempatan meninggal dunia akibat kesan tikaman sementara lelaki terbabit mati akibat lemas berpunca dari kebakaran.

Katanya, setakat ini empat saksi kejadian iaitu jiran mangsa telah tampil memberi keterangan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.

"Mayat wanita itu sudah dituntut ahli keluarganya dan kita akan minta bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) untuk menjejaki keluarga lelaki terbabit," katanya.

Dalam kejadian pada jam 3.30 pagi itu, Kamal Mustafa merupakan warga Mesir dan Kamariah Talib warga tempatan masing-masing berusia 70-an ditemui rentung di ruang tamu dan hadapan bilik air rumah mereka.

Turut ditemui dua tong gas berhampiran dengan mayat mangsa yang dipercayai menjadi punca letupan sebelum berlaku kebakaran.

Terdahulu, Razarudin ditemui pada Majlis Berkhatan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak Tahun 2019 di Mes Pegawai Kanan PDRM Perak.

Program kali pertama diadakan itu disertai 33 kanak-kanak kalangan anak-anak anggota berusia 6 hingga 12 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN Warga emas rentung: Mayat ditemukan berhampiran tong gas

'Kematian pasangan rentung bermotifkan bunuh'


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus