'Kematian pasangan rentung bermotifkan bunuh'

Laporan Sinar Harian berhubung kebakaran yang mengorbankan pasangan suami isteri warga emas di Taman Meru Impian.
Laporan Sinar Harian berhubung kebakaran yang mengorbankan pasangan suami isteri warga emas di Taman Meru Impian.
A
A
A

IPOH - Polis mengesahkan pasangan suami isteri yang ditemui rentung dalam kejadian kebakaran di sebuah apartmen Taman Meru Impiana, Jelapang di sini semalam bermotifkan bunuh.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner Anuar Othman berkata, hasil bedah siasat mendapati kedua-dua mangsa mempunyai kesan tikaman dipercayai senjata tajam di beberapa bahagian badan.

“Mangsa lelaki mempunyai kesan tikaman di dada manakala isterinya di bahagian rusuk kiri. Selain itu, laporan menunjukkan wanita terbabit didapati telah meninggal dunia lebih 24 jam sebelum ditemui.

Anuar (kiri) menunjukkan kesan letupan yang menyebabkan pagar pintu gelongsor tertanggal dalam kejadian itu.
Anuar (kiri) menunjukkan kesan letupan yang menyebabkan pagar pintu gelongsor tertanggal dalam kejadian itu.

“Ini kemungkinan selepas isterinya meninggal dunia, suaminya datang untuk buat kebakaran selepas membeli minyak di stesen berhampiran. Rumah ini juga mempunyai kesan letupan daripada insiden itu,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Apartmen didiami terbakar, dua warga emas rentung

Warga emas rentung: Mayat ditemukan berhampiran tong gas

Menurutnya, berdasarkan laporan itu, polis menjalankan siasatan semula di lokasi kejadian bagi mengesan senjata yang digunakan.

“Kita cuba mencari senjata yang digunakan. Motif sebenar kejadian masih disiasat berikutan keterangan saksi yang mendengar pertengkaran. Bagaimanapun, kita akan siasat sama ada ia berpunca daripada kewangan atau lain-lain,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Pasukan Forensik menjalankan siasatan semula di lokasi kejadian bagi mengesan senjata tajam yang digunakan dalam kejadian itu.
Pasukan Forensik menjalankan siasatan semula di lokasi kejadian bagi mengesan senjata tajam yang digunakan dalam kejadian itu.

Anuar berkata, polis akan mendapatkan beberapa saksi lain untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.

Dalam kejadian pada jam 3.30 pagi itu, Kamal Mustafa merupakan warga Mesir dan Kamariah Talib warga tempatan masing-masing berusia 70-an ditemui rentung di ruang tamu dan hadapan bilik air rumah mereka.

Turut ditemui dua tong gas berhampiran dengan mayat mangsa yang dipercayai menjadi punca letupan sebelum berlaku kebakaran.

ARTIKEL BERKAITAN: Dengar bunyi letupan kuat, gegaran