Siasat struktur jambatan elak hakisan berulang

Chean Chung (dua dari kanan) bersama wakil agensi berkaitan meninjau lokasi berlaku hakisan tanah di Bypass Semambu hari ini.
Chean Chung (dua dari kanan) bersama wakil agensi berkaitan meninjau lokasi berlaku hakisan tanah di Bypass Semambu hari ini.
A
A
A

KUANTAN - Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Roadcare (M) Sdn Bhd diminta menyiasat semula struktur jambatan di simpang masuk ke Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) di Jalan Bypas Semambu selepas berlakunya hakisan di kawasan berkenaan berikutan saluran paip pecah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu, Lee Chean Chung berkata, walaupun hakisan tanah berlaku pada bahagian bawah jambatan itu, namun pemeriksaan perlu dilakukan di kawasan sekitarnya.

Menurutnya, ini bagi memastikan tiada lagi masalah sama berulang di kawasan jambatan itu kerana dikhuatiri boleh mengundang bahaya kepada orang ramai.

"Saya dimaklumkan hakisan tanah itu berpunca daripada paip bawah tanah yang berukuran 1,000 milimeter telah pecah.

"Bagaimanapun, pihak Roadcare, Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip) dan Tenaga Nasional Berhad telah bersedia di kawasan tersebut untuk menjalankan kerja pembaikan," katanya kepada Sinar Harian ketika melawat lokasi hakisan tanah hari ini.

Dalam pada itu, beliau juga meminta agar pengguna jalan raya mengguna jalan alternatif yang lain kerana simpang masuk ke UIAM dari Bypass Semambu telah ditutup untuk tujuan penyelenggaraan.

"Saya harapkan kerja-kerja ini dapat disiapkan segera," katanya.

Artikel Berkaitan: