Niat cari rezeki berakhir tragedi

Kejadian itu berlaku akibat kejadian tanah runtuh di daerah Kohistan.
Kejadian itu berlaku akibat kejadian tanah runtuh di daerah Kohistan.
A
A
A

KABUL - AFGHANISTAN. Sekurang-kurangnya 30 maut selepas sebuah lombong emas runtuh di wilayah Badakhshan di Afghanistan.

"Penduduk kampung yang miskin cuba mencari pendapatan sampingan ketika musim sejuk dengan melombong secara haram. Mereka menggali terowong untuk mewujudkan akses ke lombong tersebut," kata jurucakap gabenor wilayah, Nek Mohammad Nazari pada Ahad.

Jelasnya, kira-kira 15 budak bawah umur turut cedera dalam kejadian itu dan hampir separuh daripada mereka berada dalam keadaan kritikal.

Sementara itu, jurucakap polis wilayah, Sanaullah Rohani berkata, insiden pada jam 11 pagi (waktu tempatan) yang berlaku ketika salji tebal di daerah Kohistan itu berpunca daripada kejadian tanah runtuh.

"Kira-kira 50 pelombong haram dipercayai berada dalam lombong itu. Dua pasukan penyelamat telah dikerah ke lokasi kejadian. - Press TV

Artikel Berkaitan: