Guardian serah sumbangan RM10,000 hasil Kempen Kesedaran Kanser

Para peserta Reversing Canser Workshop bergambar kenangan selepas selesai program.
Para peserta Reversing Canser Workshop bergambar kenangan selepas selesai program.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sejumlah RM10,000 sumbangan berjaya dikumpulkan hasil Kempen Kesedaran Kanser 'Responding Reverse' Guardian Malaysia melalui pembelian dalam talian sepanjang September lalu.

Ia melibatkan hasil jualan jenama Beyoutiful, Botaneco Garden, derma365, Happy Mask and Nature’s Heart yang menyertai kempen tersebut.

Sumbangan berkenaan disampaikan oleh Pengarah Pemasaran Kesihatan dan Kecantikan Guardian Asia Tenggara, Do Youn Cho kepada dua badan memerlukan iaitu Cancer Research Malaysia dan Locks of Hope Association hari ini.

Do Youn berkata, sebanyak satu peratus keuntungan daripada hasil jualan dalam talian Guardian sepanjang September membabitkan produk jenama terlibat disumbangkan untuk tujuan kempen berkenaan.

Selain itu, Guardian Malaysia juga telah bekerjasama dengan salon rambut Number76 apabila sejumlah 222 bekas rambut dapat dikumpulkan di semua cawangan Number76 seluruh negara untuk menghasilkan rambut palsu oleh Locks of Hope Association.

"Terima kasih kepada pihak yang bekerjasama terlibat bagi menjayakan kempen ini. Saya amat mengagumi komitmen semua pihak terlibat dalam usaha ke arah menjadikan kehidupan yang lebih baik," katanya ketika berucap sempena Reversing Canser Workshop anjuran Guardian di sini hari ini.

Do Youn Cho menyampaikan replika cek kepada wakil Canser Research Malaysia.
Do Youn Cho menyampaikan replika cek kepada wakil Canser Research Malaysia.

Artikel Berkaitan:

Bengkel tersebut diadakan sempena meraikan kejayaan Kempen Kesedaran Kanser 'Responding Reverse' dengan menjemput orang awam mengambil bahagian dalam acara tersebut.

Sebanyak dua topik disampaikan oleh penyelidik kanser iaitu 'Bolehkah Anda Melawan Kanser dengan Telefon Mudah Alih Anda', oleh Profesor Dr Cheong Sok Ching manakala Dr Joanna Lim pula berkongsi topik bertajuk 'Adakah Ujian Genetik Tepat untuk Saya'.

Antara lain, topik yang disampaikan memberi ilmu kepada peserta tentang pentingnya mengesan kanser pada peringkat awal bagi mendapatkan rawatan lebih awal demi menyelamatkan nyawa.

Sumbangan RM5,000 dan juga 222 bekas rambut disampaikan untuk Locks of Hope Association.
Sumbangan RM5,000 dan juga 222 bekas rambut disampaikan untuk Locks of Hope Association.