X

Kindly register in order to view this article
!

MDKS tangkap lembu berkeliaran

Anggota penguat kuasa MDKS menangkap lembu berkeliaran pada Operasi pemantauan dan Penangkapan Lembu pada 6 November lalu.
A
A

KUALA SELANGOR - Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) menangkap empat ekor lembu di daerah ini dalam Operasi pemantauan dan Penangkapan Lembu pada 6 November lalu.

Penguat kuasa MDKS membuat tangkapan di sekitar kawasan Bestari Jaya, Ijok dan jeram dalam operasi selama tujuh jam berakhir jam 4 petang itu.

Yang Dipertuanya, Rahilah Rahmat berkata, empat lembu itu ditangkap di kawasan Taman Cahaya, Bestari Jaya, Jalan Bukit Rotan dan Taman Permai, Jeram.

"Operasi ini bertujuan mencegah haiwan peliharaan seperti lembu atau kerbau berkeliaran di kawasan awam dan untuk kebaikan semua pihak terutama pengguna jalan raya," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, MDKS menerima aduan berulang berhubung kacau ganggu haiwan ternakan di kawasan kediaman dan jalan raya.

"Tangkapan empat lembu itu mengikut Seksyen 5 (1) Enakmen Mengawal Lembu-Kerbau 1971 kerana membiarkan lembu berkeliaran tanpa kawalan.

"Selain itu, dua kompaun turut dikeluarkan serta merta kepada pemilik ternakan di Taman Permai, Jeram dan Taman Cahaya Dua, di bawah kesalahan mengikut seksyen sama," katanya.

Rahilah berkata, MDKS sedang menjalankan operasi menangkap haiwan berkeliaran tersebut di beberapa kawasan yang mempunyai masalah berkenaan berdasarkan maklumat orang awam yang diterima dari semasa ke semasa,

"Masyarakat digalakkan untuk menyalurkan aduan berkaitan perkhidmatan MDKS secara dalam talian di selangor.spab.gov.my atau hubungi 03-32891439," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus