X

Kindly register in order to view this article
!

'Jangan mudah melatah'

Zambry dan Aziz
A
A

IPOH - Exco Pendidikan, Sains, Teknologi dan Alam Sekitar Perak, Dr Abdul Aziz Bari menasihatkan bekas Menteri Besar Perak supaya tidak mudah melatah berhubung peruntukan yang disediakan kepada Universiti Sultan Azlan Shah (USAS).

Menurutnya, beliau hairan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang melenting apabila menerima jawapan ringkas daripadanya.

"Di awalnya saya menjelaskan bahawa USAS bukanlah di bawah (portfolio) saya berikutan institut pengajian itu merupakan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan ia di bawah Menteri Besar. Saya hanya beri maklumat setakat yang ada.

"Saya tidak faham kenapa beliau berang? Ini bukan zamannya di mana USAS di bawah Exco pendidikan. Setiap Menteri Besar ada pendekatannya dan beliau tidak boleh menggunakan model zamannya untuk menghakimi atau menilai saya," katanya.

Terdahulu, dalam sesi penggulungan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini berlaku pertelingkahan apabila Zambry menyifatkan kenyataan Abdul Aziz sebagai tidak bertanggungjawab berhubung pengurangan perbelanjaan mengurus yang disediakan kerajaan negeri.

Abdul Aziz menjelaskan isu pengurangan peruntukan itu perlu dilihat dalam konteks institut berkenaan termasuk keuntungan bersih yang besar seperti yang dinyatakan dalam Laporan Kewangan Beraudit 2018.

"USAS juga memiliki ekuiti yang kukuh. Kerajaan negeri perlu menanggung masalah khususnya konflik dalam universiti berhubung kedudukan dan pelantikan pegawai kanan tertentu.

"Konflik ini telah dibawa untuk diaudit oleh sebuah firma bertauliah tetapi masalah tidak selesai seakan-akan ada unsur 'deep state' dalam isu USAS ini. Mungkin satu kertas putih perlu dikeluarkan pada masa yang sesuai," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari.Langgan Sekarang!

Polisi Data Peribadi Karangkraf