Pemain Spurs punca Pochettino dipecat

Tottenham memecat pengendali Pochettino selepas permulaan buruk dilakar kelab itu pada saingan EPL musim ini.
Tottenham memecat pengendali Pochettino selepas permulaan buruk dilakar kelab itu pada saingan EPL musim ini.
A
A
A

BEKAS pengendali Tottenham Hotspur, Harry Redknapp menyifatkan pemain-pemain Spurs perlu bertanggungjawab berikutan prestasi hambar kelab itu sehingga menyebabkan Mouricio Pochettino dipecat.

Menurutnya, pemain-pemain Tottenham tidak beraksi pada tahap sebenar mereka sejak kebelakangan ini sehingga menyebabkan lembaga pengarah kelab mengambil keputusan drastik terhadap pengendali dari Argentina itu.

“Semua pemain-pemain Tottenham menyatakan mereka cukup menyenangi cara Pochettino selama ini. Tapi pada saya seandainya mereka senang dengan Pochettino pastinya mereka akan memberikan aksi pada tahap terbaik.

“Kedudukan Tottenham yang berada di tangga ke-14 liga selepas mengharungi 12 perlawanan dengan mengutip 14 mata hasil tiga kemenangan dan lima seri sudah cukup menceritakan segalanya.

“Pada akhirnya pemain-pemain Tottenham sendiri juga yang menyebabkan Pochettino kehilangan pekerjaannya di waktu sepatutnya mereka berada pada kedudukan terbaik mencabar kejuaraan,” kata Redknapp.

Untuk rekod pengendali dari Argentina berusia 47 tahun itu menyertai Spurs daripada Southampton pada 2014 menjadi watak penting mentransformasikan Tottenham menjadi antara kelab digeruni sekali gus kembali ke pentas elit Eropah sejak empat musim lalu dengan kemuncak mara ke final Liga Juara-Juara sebelum kecundang 0-2 kepada Liverpool di Madrid musim lalu.

Bagaimanapun keputusan mengejut pada saingan domestik liga Inggeris menyebabkan kedudukan Pochettino mula goyang biarpun Tottenham selepas itu mengakhiri saingan pada kedudukan empat terbaik setelah prestasi pesaing terdekat seperti Arsenal dan Manchester United merudum.

Kemerosotan prestasi itu berterusan musim ini apabila kelab London berkenaan hanya melakar tiga kemenangan dalam 12 perlawanan pembukaan menyebabkan Tottenham 20 mata ketinggalan kepada pendahulu liga Liverpool.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, legenda Spurs, Gary Lineker yang kurang berpuas hati dengan bekas kelab lamanya itu yang disifatkan terburu-buru dalam membuat keputusan pengurus yang disifatkannya antara paling berkualiti berkenaan.

“Pochettino sudah banyak membantu kelab kembali menonjol selepas tenggelam untuk sekian lamanya. Semoga pengganti Pochettino boleh memberikan impak terbaik seperti beliau,” kata bekas pemain berusia 58 tahun itu.

Legenda Liverpool Jamie Carragher juga menyifatkan pemecatan Pochettino sebagai satu kejutan selepas pengendali itu banyak berjasa kepada kelab London berkenaan.

“Ini sangat mengejutkan. Memang Tottenham bermula hambar 2019, tapi Tottenham harus mengambil kira Pochettino yang telah banyak menyumbang kepada kemajuan kelab selama ini,” katanya.