PM hadir makan malam gala 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-Hungary

Dr Mahathir bersama isteri, Siti Hasmah bergambar bersama Attila Kali dan isteri, Dr Nora Kaline pada majlis makan malam gala meraikan ulang tahun ke-50 Hubungan Diplomatik antara Malaysia dan Hungary di sini malam ini. -Foto Bernama

A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad malam ini menghadiri majlis makan malam gala meraikan ulang tahun ke-50 Hubungan Diplomatik antara Malaysia dan Hungary di sini.

Beliau diiringi isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

Majlis itu anjuran Kedutaan Hungary di Malaysia yang dihoskan Duta Besar Attila Kali dan isteri, Dr Nora Kaline Szilagyi.

Kali dalam ucapannya menyoroti hubungan hebat yang dikongsi kedua-dua negara sepanjang tempoh bersejarah itu.

“Kami percaya kerjasama antara Hungary dan Malaysia dalam beberapa tahun kebelakangan ini benar-benar menjadi perkongsian abad ke-21. Hubungan kami berjalan dengan baik,” katanya.

Turut menghadiri majlis itu delegasi perniagaan terdiri daripada 13 syarikat Hungary dari Dewan Perniagaan dan Industri Hungary yang berada di Malaysia dari 18 hingga 20 November.

Malaysia dan Hungary menjalin hubungan diplomatik pada 29 Disember 1969. - Bernama

Artikel Berkaitan: