PH cabar BN rombak barisan Exco Pahang

Sembilan ADUN PH desak kerajaan negeri merombak Exco dan melantik ADUN dari Pas memandangkan kedua-dua parti tersebut sudah 'berkahwin'.
Sembilan ADUN PH desak kerajaan negeri merombak Exco dan melantik ADUN dari Pas memandangkan kedua-dua parti tersebut sudah 'berkahwin'.
A
A
A

KUANTAN - Parti pembangkang dari Pakatan Harapan (PH) mencabar kerajaan Pahang yang dikuasai Barisan Nasional (BN) agar merombak barisan Exco bagi melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Pas sebagai Exco baharu.

ADUN Ketari, Young Syefura Othman berkata, pihaknya mencabar kerajaan negeri berbuat demikian selepas mendapati kerusi mereka pada Sidang Dewan Undangan negeri (DUN) Pahang hari ini berubah daripada biasa.

"Perubahan ini seperti Pas sebahagian daripada kerajaan...bila Pas sebagai kerajaan adalah lebih baik Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail rombak dan lantik Pas sebagai barisan Exco.

"Paling tidak pun dua atau tiga orang ADUN dari Pas dijadikan Exco sebab kedua-dua parti ini sudah 'berkahwin'," katanya ketika mengadakan sidang akhbar selepas berakhirnya Sidang DUN hari ini.

Beliau berkata, perubahan kedudukan dalam barisan DUN itu perlu diperjelaskan oleh pihak kerajaan.

"Kami ADUN pembangkang dari PH mahu tahu adakah Pahang sudah menjadi kerajaan gabungan?," soalnya.

Sementara itu, ADUN Teruntum, Sim Chon Siang menyifatkan perubahan itu berikutan perkahwinan antara Pas dengan UMNO menerusi Muafakat Nasional tidak lama dulu.

Katanya, tempat duduk blok pembangkang kini berada di barisan belakang selepas kerusi ADUN Pas.

Artikel Berkaitan:

"Kami sembilan ADUN pembangkang terkejut bila dapat pesanan ringkas mengenai perubahan itu malam tadi.

"Saya harapkan wakil Pas dapat menjalankan tugas sebagai pemantau dengan baik," katanya.