Air Namibia, Korean Air berlanggar di Frankfurt

Gambar hiasan
A
A

FRANKFURT - Pesawat Air Namibia dan Korean Air dilaporkan bertembung selepas mendarat di lapangan terbang Frankfurt semalam.

Akibat pelanggaran kecil itu, kedua-dua pesawat mengalami kerosakan.

Jurucakap lapangan terbang Frankfurt berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 6 petang (waktu petang) dan punca kemalangan masih dalam siasatan.

"Sayap kiri pesawat Air Namibia berlanggar dengan penstabil mendatar (horizontal stabiliser) pesawat KE905 Korean Air ketika ia sedang menunggu di lapangan terbang selepas mendarat," katanya dalam satu kenyataan.

Difahamkan, Korean Air membawa 241 penumpang dan 40 anak kapal ketika pertembungan berlaku.

"Kami mengesahkan tiada penumpang atau anak kapal yang cedera," kata Air Namibia dalam kenyataan berasingan. - Agensi