Tapak besi menara kren jatuh atas jalan

ITIS Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (ITIS) turut memuat naik status bergambar di Twitter.
ITIS Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (ITIS) turut memuat naik status bergambar di Twitter.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tapak besi menara kren dianggarkan seberat 2 tan terjatuh dari sebuah treler di lebuh raya Sungai Besi berhampiran lebuh raya Salak pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, besi bersaiz 60 meter itu terjatuh kerana ikatan yang tidak kemas dalam kejadian jam 11.10 pagi itu.

"Treler yang dipandu lelaki berusia 37 tahun itu sedang bergerak dari arah lapangan terbang lama menuju ke Seremban sebelum muatan itu jatuh di kiri jalan.

"Tiada kemalangan dan kecederaan dilaporkan. Saman dikeluarkan kerana cuai, tidak mengikat muatan dengan betul sehingga merisikokan pengguna lain," katanya.

Tapak besi menara kren yang jatuh atas jalan menyebabkan lebuh raya Sungai Besi berhampiran lebuh raya Salak sesak.
Tapak besi menara kren yang jatuh atas jalan menyebabkan lebuh raya Sungai Besi berhampiran lebuh raya Salak sesak.

Artikel Berkaitan: