IWK lancar projek Khazanah Rimba

Xavier menanam pokok hutan di Khazanah Rimba sebagai gimik pelancaran.
Xavier menanam pokok hutan di Khazanah Rimba sebagai gimik pelancaran.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd melancarkan projek hutan bandar mini dikenali sebagai Khazanah Rimba yang terletak di kawasan Pantai Eco Park dengan keluasan satu ekar.

Menerusi pelancaran itu, sebanyak 52 pokok hutan pelbagai jenis dikenal pasti untuk ditanam di kawasan berkenaan antaranya pokok tualang, gapis, kempas, bitangor dan beberapa jenis lain.

Ketua Pegawai Eksekutif IWK, Narendran Maniam berkata, inisiatif hutan dalam bandar itu akan menjadikan kawasan Lembah Pantai sebagai tumpuan warga kota untuk mengenali dengan lebih dekat jenis pokok-pokok hutan di negara ini.

"Projek ini mendapat kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) yang telah membuat penilaian ke atas tanah di taman berkenaan dan mengenal pasti jenis pokok hutan yang bersesuaian.

"Khazanah Rimba akan turut mempamerkan bagaimana pokok-pokok hutan ini ditanam dengan menggunakan baja yang terhasil daripada proses rawatan sisa kumbahan IWK dan dalam masa sama, bio-influen atau air telah dirawat akan turut digunakan dalam penjagaannya," katanya sewaktu Majlis Pelancaran Khazanah Rimba dan Larian IWK 2Five Run yang berlangsung di Pantai Eco Park.

Xavier membuat gimik pelepasan bagi program IWK 2Five Run yang berlangsung di Pantai Eco Park.
Xavier membuat gimik pelepasan bagi program IWK 2Five Run yang berlangsung di Pantai Eco Park.

Pelancaran itu disempurnakan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS), Datuk Dr Xavier Jayakumar dengan disaksikan Pengerusi IWK, Amiruddin Abdul Aziz.

Menerusi acara Larian IWK 2Fice Run tersebut, seramai 500 kakitangan IWK, wakil agensi KATS serta warga Lembah Pantai turut sama mengambil bahagian bagi memeriahkan program ini.

Artikel Berkaitan:

Difahamkan, acara larian berkenaan itu juga dianjurkan bersempena ulang tahun perkhidmatan IWK yang ke-25.

Selain beriadah, IWK turut mengumpul sumbangan daripada kakitangan untuk diserahkan kepada keluarga yang memerlukan sebagai persediaan persekolahan bagi tahun hadapan.