Jumlah mangsa banjir Kuala Selangor meningkat

Sebahagian mangsa banjir ditempatkan di PPS SK Ijok sejak semalam.
Sebahagian mangsa banjir ditempatkan di PPS SK Ijok sejak semalam.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Jumlah mangsa banjir di Kuala Selangor meningkat kepada seramai 133 mangsa daripada 39 keluarga di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Ijok.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Kuala Selangor, Kapten (PA) Shaiful Azril Zainal berkata, jumlah itu dicatatkan sehingga jam 4.30 petang semalam.

Menurutnya, seramai 93 mangsa daripada 29 keluarga yang ditempatkan malam kelmarin ke PPS Dewan Orang Ramai Seri Harmoni Ijok dipindahkan ke PPS SK Ijok.

"Beberapa kawasan dinaiki air iaitu Jalan Rukun, Jalan Makmur, Kampung Seri Murni dan Simpang Tiga Ijok," katanya.

Artikel Berkaitan: