Kuda terperangkap dalam lubang saliran

Pasukan bomba menenangkan kuda yang terperangkap dalam lubang saliran sebelum operasi menyelamat dilakukan. - Foto BBP Rawang
Pasukan bomba menenangkan kuda yang terperangkap dalam lubang saliran sebelum operasi menyelamat dilakukan. - Foto BBP Rawang
A
A
A

RAWANG - Kuda yang disangka hilang rupa-rupanya terperangkap dalam lubang saliran di Sekolah Antarabangsa Taman Templer, Taman Rimba Templer di sini hari ini.

Dalam kejadian jam 11.35 pagi itu, kuda betina itu dilepaskan di sekitar kawasan tersebut sebelum disedari hilang oleh pekerja sekolah berkenaan.

Kuda tersebut ditemukan dalam lubang longkang tanpa penutup oleh pekerja sama sebelum menghubungi bomba bagi mendapatkan bantuan mengeluarkan haiwan yang terperangkap itu.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang, Shahril Ahmad berkata, enam anggota dari BBP Rawang dibantu satu jentera dari BBP Selayang dikejarkan ke lokasi kejadian.

Kuda betina berjaya dikeluarkan dalam keadaan selamat oleh pasukan penyelamat. - Foto BBP Rawang
Kuda betina berjaya dikeluarkan dalam keadaan selamat oleh pasukan penyelamat. - Foto BBP Rawang

"Anggota bomba berjaya mengeluarkan kuda tersebut dengan menggunakan kaedah tali yang diikat pada badan kuda itu sebelum dinaikkan dengan selamat.

"Masa diambil bagi mengeluarkan kuda tersebut hampir sejam sebelum operasi tamat sepenuhnya 1.38 petang," katanya.

Artikel Berkaitan: