3 maut, 4 cedera insiden tembakan di pusat boling

Insiden tembakan di Pusat Boling Gable House mengorbankan tiga nyawa dan mencederakan empat yang lain. - Foto Scott Varley, Daily Breeze/SCNG
Insiden tembakan di Pusat Boling Gable House mengorbankan tiga nyawa dan mencederakan empat yang lain. - Foto Scott Varley, Daily Breeze/SCNG
A
A
A

WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Tiga mangsa maut manakala empat lagi cedera dalam insiden tembakan di sebuah pusat boling berhampiran Los Angeles.

Jurucakap Jabatan Polis Torrance, Sarjan Ronald Harris, mengesahkan laporan tembakan di Pusat Boling Gable House pada jam 11.54 malam waktu tempatan, semalam.

Menurut saksi, sebelum insiden berlaku, terdapat pergaduhan besar di lokasi kejadian.

Kesemua tujuh mangsa adalah lelaki, tiga diumumkan meninggal dunia di lokasi kejadian, dua mangsa dibawa ke hospital, sementara dua lagi mendapatkan rawatan sendiri.

Sehingga kini, pihak polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti suspek dan motif kejadian.- AFP

Artikel Berkaitan: