Dadah: Warga Nigeria dihukum gantung

Ngonadi (dua dari kanan) ketika hadir ke Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini.
Ngonadi (dua dari kanan) ketika hadir ke Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang warga Nigeria dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam selepas didapati bersalah mengedar dadah dua tahun lalu.

Hakim, Datuk Meor Hashimi Abdul Hamid menjatuhkan hukuman itu terhadap Ngonadi Chibuzor Innocent setelah pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah.

Tertuduh yang sebelum ini bekerja di sebuah restoran memakai kemeja ungu kelihatan tenang selepas hukuman dibaca.

Mengikut pertuduhan pertama, Ngonadi didapati mengedar dadah jenis kokain seberat 93.10 gram di Kawasan Perindustrian Desa Aman, Gombak pada jam 11 pagi, 12 September 2017.

Sementara itu, bagi pertuduhan kedua, Ngonadi didapati bersalah mengedar dadah jenis kanabis seberat 1.170 kilogram di sebuah pangsapuri di Taman Puncak Desa, Gombak pada jam 11.20 pagi tarikh yang sama.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, dia didakwa mengikut seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa dihukum di bawah Seksyen 39B(2) Akta sama.

Jika sabit kesalahan ia memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan jika dihukum mati tidak dikenakan sebatan tidak kurang daripada 15 sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Raimi Mohd Ramli manakala tertuduh diwakili peguam bela, James George.

Artikel Berkaitan:

Seramai lapan saksi pendakwaan dan pembelaan dipanggil dengan 50 eksibit dikemukakan sepanjang kes itu dibicarakan.