Huawei umum bonus RM1.2 bilion kepada pekerja

Hampir 190,000 kakitangan Huawei bakal menerima ganjaran tunai dan kenaikan gaji sebanyak dua kali ganda pada bulan ini.
Hampir 190,000 kakitangan Huawei bakal menerima ganjaran tunai dan kenaikan gaji sebanyak dua kali ganda pada bulan ini.
A
A
A

SHENZHEN - Syarikat telekomunikasi gergasi di China hari ini mengumumkan khabar gembira pemberian ganjaran tunai berjumlah 2 bilion Yuan (RM1.2 bilion) kepada pekerja mereka.

Bonus tersebut adalah sebagai tanda penghargaan atas kerja keras mereka membantu firma berdepan kesukaran selepas ia berada dalam senarai hitam perdagangan Amerika Syarikat (AS).

Selain itu, Jabatan Sumber Manusia syarikat itu turut mengeluarkan notis kenaikan gaji hampir 190,000 kakitangan mereka sebanyak dua kali ganda pada bulan ini.

Difahamkan, ganjaran tunai tersebut akan diberikan kepada pasukan penyelidikan dan pembangunan Huawei serta mereka yang berusaha mengalihkan rantaian bekalan dari AS.

Sebelum ini, pembekal peralatan telekomunikasi terbesar di dunia itu memaklumkan ia cuba mencari alternatif kepada perkakasan yang dihasilkan AS selepas ia berdepan sekatan untuk menjalankan perniagaan dengan syarikat di negara itu.

Sekatan itu telah menjejaskan keupayaan mereka untuk mendapatkan bahagian komponen utama peralatan komunikasi mereka.

Langkah tegas itu dikenakan selepas AS percaya peralatan Huawei terutamanya rangkaian Generasi Kelima (5G) memberikan risiko kepada keselamatan berikutan hubungan rapat firma itu dengan kerajaan China.

Pembuat telefon pintar kedua terbesar di dunia itu berulang kali menafikan Beijing memainkan sebarang peranan dalam operasi mereka.

Artikel Berkaitan:

Lonjakan dalam penghantaran peranti Huawei didakwa membantu peningkatan 27 peratus dalam pendapatan suku ketiga pada bulan lalu. - Agensi