Cabar sekolah vernakular: Belum berakhir, ia baru bermula

Mohd Khairul Azam Abdul Aziz
Mohd Khairul Azam Abdul Aziz
A
A
A

KUALA LUMPUR - Cabaran terhadap keabsahan sekolah vernakular yang ditolak Mahkamah Persekutuan Putrajaya semalam belum berakhir.

Peguam, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz berkata, keputusan itu hanya berakhir di Mahkamah Persekutuan sahaja apabila mahkamah menolak membicarakan kes itu mengikut Perkara 4 (4) Perlembagaan.

Menurutnya, yang belum difailkan adalah cabaran di bawah Perkara 4(1) Perlembagaan di Mahkamah Tinggi Malaya dengan isu merit permohonan juga belum dibicarakan serta diputuskan Mahkamah Persekutuan.

“Kes ini belum berakhir. Ia baru bermula. Jadi tak ada isu siapa menang siapa kalah lagi. Walaupun akhbar berbahasa Cina meraikan kejayaan palsu 'kemenangan' mereka di Mahkamah Persekutuan semalam berkaitan isu sekolah vernakular.

“Tidak mengapalah, ini semua propaganda perkauman. Mereka ada media cetak. Saya ada Facebook dan aplikasi WhatsApp yang jauh lebih berpengaruh," katanya dalam kenyataan kepada media hari ini.

Semalam, Mahkamah Persekutuan Putrajaya menolak untuk memberi kebenaran kepada pemohon bagi memulakan tindakan mencabar keabsahan sekolah vernakular yang dikatakan bertentangan dengan Perlembagaan.

Keputusan itu dibuat Hakim Besar Malaya, Tan Sri Azahar Mohamed.

Pada 23 Oktober lalu, Khairul Azam memfailkan satu usul di bawah Perkara 4 (3) Perlembagaan Persekutuan memohon perisytiharan terhadap pindaan Akta Pendidikan 1996 untuk membenarkan sekolah vernakular terus wujud sebagai tidak berperlembagaan.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Cabar sekolah vernakular: Peguam gagal dapatkan kebenaran

Khairul Azam membuat kesimpulan bahawa belum ada 'pemenang' berkaitan keputusan itu dan kini beliau sedang menyiapkan dokumen saman untuk difailkan di Mahkamah Tinggi