MBSA tutup jalan sempena Perarakan Maulidur Rasul

MBSA
MBSA
A
A
A

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan menutup sebahagian jalan bagi melancarkan penganjuran program Perarakan Maulidur Rasul oleh Sekolah Integrasi As-Syakirin, Seksyen 13 pada 13 November ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, MBSA akan menutup sementara sebahagian jalan semasa acara berlangsung.

"Jalan terlibat adalah Jalan Marathom 13/31, Jalan Rugbi 13/30 dan Jalan Lompat Tinggi 13/33 pada tarikh 13 November (esok) mulai jam 8.30 pagi sehingga 10 pagi.

"Sehubungan itu, MBSA menyeru orang ramai supaya tidak menggunakan jalan yang dinyatakan pada tempoh tersebut untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas dan sentiasa mematuhi arahan dari semasa ke semasa yang diberikan oleh pihak MBSA," katanya.

Katanya, MBSA memohon agar pengguna jalan raya memberikan kerjasama dan menggunakan jalan alternatif untuk menuju ke destinasi yang hendak dituju.

"Sebarang pertanyaan sila hubungi Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA di talian: 03-55222734," katanya.

Artikel Berkaitan: