X

Kindly register in order to view this article
!

Henti pertikai sekolah vernakular di negara ini, kata Nie Ching

Teo Nie Ching
A
A

KUALA LUMPUR - Pihak yang tidak berpuas hati dengan kedudukan sekolah vernakular di negara ini perlu berhenti daripada terus mempersoalkan perkara tersebut, kata Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching.

Menurutnya, sekolah vernakular adalah aset penting dalam kepelbagaian kaum di negara ini.

“Saya ucap tahniah kepada Pejabat Peguam Negara kerana menunjukkan Pejabat Peguam Negara dapat membela sekolah vernakular di Mahkamah Persekutuan.

“Saya harap pihak pemohon juga akan hentikan tindakan mereka untuk mencabar sekolah vernakular kerana seperti yang disebut oleh ramai pemimpin Pakatan Harapan (PH) bahawa sekolah vernakular sepatutnya menjadi aset penting kepada kepelbagaian negara kita,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Beliau berkata demikian apabila ditanya media berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini yang menolak satu usul daripada seorang peguam untuk mencabar keabsahan sekolah vernakular sebagai tidak berparlimen.

Keputusan itu dibuat Hakim Besar Malaya Azahar Mohamed.

Pada 23 Oktober lalu Mohd Khairul Azam Abdul Aziz memfailkan satu usul di bawah Perkara 4(3) Perlembagaan Persekutuan memohon perisytiharan terhadap pindaan Akta Pendidikan 1996 untuk membenarkan sekolah vernakular terus wujud sebagai tidak berperlembagaan dan bertentangan.

Permohonan itu dibuat di Mahkamah Persekutuan Kuala Lumpur dengan menamakan menteri pendidikan sebagai defendan pertama dan kerajaan Malaysia sebagai defendan kedua.

ARTIKEL BERKAITAN Cabar sekolah vernakular: Peguam gagal dapatkan kebenaran


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus