Australia isytihar darurat susulan kebakaran

Kebakaran melanda kawasan Bobin, 350km utara Sydney kelmarin pada ketika pasukan bomba cuba memadam berpuluh kebakaran tidak terkawal di New South Wales. - Foto AFP
Kebakaran melanda kawasan Bobin, 350km utara Sydney kelmarin pada ketika pasukan bomba cuba memadam berpuluh kebakaran tidak terkawal di New South Wales. - Foto AFP
A
A
A

SYDNEY - Australia hari ini dilaporkan mengisytiharkan darurat di Sydney dan penduduk dinasihati berjaga-jaga susulan siri kebakaran hutan yang melanda timur negara itu.

Buat pertama kali, bandar terbesar di Australia itu dan kawasan sekitar berdepan tahap amaran kebakaran paling tinggi, pihak berkuasa turut memaklumkan risiko terhadap nyawa dan kediaman.

"Tiada binaan atau rekaan yang mampu bertahan dalam situasi yang mungkin terjadi dalam keadaan bencana," kata Shane Fitzsimmons, Pesuruhjaya Perkhidmatan Bomba Pedalaman New South Wales yang merangkumi Sydney.

Suhu tinggi dan angin kencang yang dijangka akan mencetuskan kebakaran esok menyebabkan Ketua Menteri New South Wales, Gladys Berejiklian mengisytiharkan darurat selama tujuh hari.

Menurut Berejiklian, fokus utama esok adalah melindungi nyawa, harta benda dan memastikan keselamatan semua pihak.

Setakat ini, tiga orang dilaporkan maut manakala ribuan yang lain kehilangan tempat tinggal, 150 kediaman turut musnah susulan berpuluh kebakaran tidak terkawal di utara negeri terbabit.

Dalam pada itu, situasi yang dilihat sedikit pulih hari ini membolehkan sebilangan penduduk pulang ke rumah masing-masing namun jerebu dilaporkan di beberapa kawasan yang dilanda kebakaran. - AFP

Artikel Berkaitan: