Puteri Adni, Al Amin berentap

Ibu bapa merakam kenangan bersama anak-anak mereka selepas pertandingan di Kompleks MSN Setiawangsa.
Ibu bapa merakam kenangan bersama anak-anak mereka selepas pertandingan di Kompleks MSN Setiawangsa.
A
A
A

BERBEKAL 20 jam mengikuti kelas teori dan amali, murid perempuan Sekolah Islam Adni menamatkan kelas kurikulum mereka dengan mengadakan pertandingan persahabatan badminton bersama Sekolah Rendah Islam Al Amin Kuala Lumpur petang tadi.

Dalam pertemuan yang berlangsung di Kompleks MSN Setiawangsa, lima regu telah beraksi dengan kehadiran ibu bapa kedua-dua sekolah tersebut.

Sekolah Islam Adni diiringi jurulatih, Mohd Syairi Mohamad Shaari manakala Sekolah Islam Al Amin Kuala Lumpur diiringi Mohd Aznan Zokerefli.

Syairi berkata, aksi persahabatan ini memperlihatkan masih ramai kanak-kanak remaja perempuan Melayu yang boleh bermain badminton dengan baik sekiranya diberi tunjuk ajar yang betul.

Menurutnya, walaupun hanya mempelajari dalam waktu singkat namun sekiranya diasah dengan baik dan betul, hasilnya boleh didapati dengan memuaskan walaupun tidaklah seratus peratus.

"Menerusi pemerhatian saya, ramai ibu bapa kini yang tidak sedar akan minat dan kebolehan anak-anak mereka kerana mungkin tiada masa atau tidak tahu untuk salurkan minat anak-anak.

"Sebagai contoh, apabila saya mengadakan pertandingan persahabatan ini dengan menjemput ibu bapa bersama, baharu mereka sedar minat dan kebolehan anak-anak mereka dan tidak menyangka potensi yang ada pada anak-anak," katanya selepas pertandingan tersebut hari ini.

Artikel Berkaitan:

Antara aksi perlawanan disaksikan ibu bapa murid kedua-dua sekolah tersebut berlangsung di Kompleks MSN Setiawangsa.
Antara aksi perlawanan disaksikan ibu bapa murid kedua-dua sekolah tersebut berlangsung di Kompleks MSN Setiawangsa.

Syairi berkata lagi, sukan badminton merupakan antara sukan raket terpantas di dunia dengan pelbagai gerakan dan memerlukan ketajaman mata serta akal fikiran yang pantas untuk membuat keputusan ketika beraksi.

Katanya lagi, selain memberi tubuh badan yang sihat dan berdisiplin, dia percaya sukan ini juga boleh dijadikan kerjaya malah membantu apabila ada sektor-sektor syarikat yang mahu pemain badminton berbakat untuk bermain dalam organisasi.

"Saya berharap ibu bapa terus memberi galakan apabila menyedari minat dan menggilap potensi anak-anak mereka bermula dari awal.

"Siapa tahu bakat mereka nanti boleh mewakili sekolah hinggalah ke peringkat universiti kelak," katanya.

Pemain mendengar penerangan sebelum pertandingan bermula.
Pemain mendengar penerangan sebelum pertandingan bermula.

Dalam pada itu, Sekolah Islam Adni akan menganjur Adni Badminton Camp 2019 pada 29 November hingga 14 Disember untuk murid-murid berumur 7 - 12 tahun sempena cuti sekolah ini.

Bagi mereka yang berminat boleh mendapatkan borang serta butiran lanjut di pejabat Sekolah Islam Adni, Jalan 1, Taman Sri Ukay, Ampang Selangor.

Pemain Sekolah Islam Adni bergambar bersama pemain Sekolah Rendah Islam Al Amin Kuala Lumpur sebelum pertandingan bermula.
Pemain Sekolah Islam Adni bergambar bersama pemain Sekolah Rendah Islam Al Amin Kuala Lumpur sebelum pertandingan bermula.