FIFA siasat isyarat 'white supermacy' pegawai VAR Australia sebelum aksi Jerman-Curaçao

PERSEKUTUAN Bolasepak Antarabansga (FIFA) sedang menjalankan siasatan berhubung satu insiden membabitkan seorang pegawai perlawanan yang didakwa membuat isyarat tangan yang dikaitkan dengan kumpulan white supremacist sebelum aksi Piala Dunia 2026 antara Jerman dan Curaçao.
Pegawai berkenaan, Shaun Evans yang bertugas sebagai pembantu video bantuan pengadil (VAR) untuk perlawanan itu, dilihat memandang ke arah kamera sebelum sepak mula seperti kebiasaan dalam perlawanan kejohanan tersebut.
Bagaimanapun, beliau didakwa membuat isyarat tangan berbentuk OK terbalik yang boleh ditafsirkan sebagai simbol berkaitan ideologi berkenaan.
Menurut Anti-Defamation League (ADL), simbol OK itu pernah digunakan sebagai bentuk provokasi atau trolling oleh sesetengah individu, selain turut dikaitkan dengan penggunaan di media sosial dalam konteks berbeza.
Simbol tersebut juga pernah dikaitkan dengan permainan kanak-kanak yang boleh membawa kepada salah faham bergantung kepada konteks penggunaannya.
Difahamkan, FIFA akan meneliti konteks serta niat di sebalik isyarat yang dilakukan sebelum membuat sebarang keputusan lanjut.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

