Kelantan tidak mampu urus ekonomi dengan baik: Guan Eng

GUAN ENG
GUAN ENG
A
A
A

PETALING JAYA - Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata kerajaan Kelantan tidak mampu mengurus ekonomi dengan baik berikutan terpaksa meminta bantuan kerajaan Persekutuan sebanyak RM100 juta bagi membayar gaji kakitangan awam di negeri itu.

Katanya, walaupun permohonan diluluskan, beliau mendakwa tetap menerima kritikan dan makian, namun menegaskan perkara berkenaan diketepikan bagi memastikan kebajikan rakyat terbela.

Beliau juga tidak menolak, kecaman pihak terlibat sebenarnya bagi menutup kelemahan diri sendiri yang dilihat memainkan sentimen perkauman dan agama.

"Kita bagi pun kena kecam, kena caci maki hamun tetapi inilah tanggungjawab sebagai kerajaan.

"Kalau mereka dapat perintah negara, habislah kita semua. Gaji pun tak mampu bayar, macam mana nak uruskan ekonomi?" katanya kepada media selepas merasmikan Konvensyen Tahunan Negeri DAP Selangor di sini hari ini.

Mengulas lanjut Setiausaha Agung DAP berkata, rakyat perlu terus menyokong kerajaan Pakatan Harapan (PH) bagi merealisasikan Malaysia Baharu.

"Mereka (Pas dan BN) hanya tawarkan untuk satu kaum atau satu agama. Bukan macam Pakatan Harapan, kita jaga semua, bukan satu kelompok atau satu kumpulan. Kita jaga anak Malaysia," katanya.

Artikel Berkaitan: