Zakat Street on Wheels dekati masyarakat

Orang ramai mengambil peluang bertanyakan maklumat pada program Zakat Street on Wheels bertempat PKNS Uptown Shah Alam di sini hari ini.
Orang ramai mengambil peluang bertanyakan maklumat pada program Zakat Street on Wheels bertempat PKNS Uptown Shah Alam di sini hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Lembaga Zakat Selangor (LZS) menggunakan pendekatan dakwah unik menerusi penganjuran program Zakat Street On Wheel bagi menyebarluaskan pemahaman mengenai kesedaran menunaikan zakat kepada masyarakat Islam terutamanya generasi muda.

Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Saipolyazan M Yusop berkata, pihaknya memilih lokasi PKNS Uptown Shah Alam sebagai lokasi tumpuan penerangan mengenai zakat sejak program itu mula dianjurkan lima tahun lalu.

"Program yang mendapat kerjasama dari Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) itu bertujuan untuk menyampaikan maklumat zakat dengan cara mudah dan santai.

"Program diadakan bagi mendekati masyarakat yang tidak berkesempatan untuk datang ke kaunter-kaunter LZS," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar Zakat Street On Wheel bertempat di PKNS Uptown Shah Alam di sini hari ini.

Beliau berkata, program Kempen Zakat Di Hati turut dianjurkan sebagai medium menyebarluaskan informasi berkaitan kutipan dan agihan zakat kepada golongan sasar.

Katanya, program kali ke-8 diadakan itu bermula 1 November hingga 15 Disember bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai kewajipan menunaikan zakat kepada masyarakat.

Dalam pada itu, Zakat Street on Wheels ini turut menampilkan pendakwah dan selebriti tanah air yang sama-sama turun padang memeriahkan program.

Antara aktiviti yang turut diadakan termasuk persembahan artis daripada Saiful Apek, Daqmie, Andy Flop Poppy dan Afad & Friends.

Artikel Berkaitan:

Dalam program ini, LZS turut menyampaikan pelbagai bantuan zakat berjumlah RM78,122.00 kepada lima individu di daerah Petaling.