Laporan wanita Uighur dieksploitasi berita palsu

China menafikan laporan berita kononnya wanita Islam di wilayah Xinjiang dipaksa untuk berkongsi satu katil dengan pegawai kerajaan yang dihantar untuk memantau mereka.
China menafikan laporan berita kononnya wanita Islam di wilayah Xinjiang dipaksa untuk berkongsi satu katil dengan pegawai kerajaan yang dihantar untuk memantau mereka.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] China menafikan laporan berita akhbar barat kononnya wanita Islam etnik Uighur yang sudah berkahwin di wilayah Xinjiang sering dipaksa untuk berkongsi satu katil dengan pegawai kerajaan yang dihantar untuk memantau mereka.

Jurucakap Kedutaan China di Kuala Lumpur, Tang Tang menegaskan, laporan berkenaan adalah berita palsu dan berniat jahat.

“Sama seperti banyak berita palsu mengenai Xinjiang sebelum ini, ia adalah khabar angin yang tidak disokong dengan sebarang bukti serta tidak masuk akal.

“Saya percaya mana-mana individu yang benar-benar memahami perkembangan China dan situasi sebenar di Xinjiang tidak akan ‘termakan’ dengan tuduhan palsu yang berpanjangan ini,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Media kelmarin melaporkan, pendedahan menggemparkan akhbar barat yang mendakwa ada isteri etnik Islam Uighur di Xianjing diminta untuk ‘menjemput’ pemeriksa ke rumah mereka di bawah program pengawasan wajib ketika suami mereka ditahan di pusat pendidikan semula di negara itu.

Wilayah Xinjiang di barat laut China menjadi tumpuan media barat yang sering melaporkan berita tidak benar mengenai layanan buruk terhadap etnik minoriti Uighur.

China mempunyai populasi sebanyak 1.3 bilion termasuk 11 juta etnik Uighur dan minoriti Islam lain di Xinjiang.

Artikel Berkaitan: