14 tahun bil pembentungan IWK tertunggak

Kaedah menampal bata dan simen untuk menghentikan aliran air sisa dari premis berkenaan ke paip pembetungan awam
Kaedah menampal bata dan simen untuk menghentikan aliran air sisa dari premis berkenaan ke paip pembetungan awam
A
A
A

KUALA LUMPUR - Gara-gara gagal menjelaskan tunggakan bayaran kepada Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd, sebuah premis rumah kedai di sini dikenakan tindakan pemotongan perkhidmatan sistem pembetungan.

IWK menerusi satu kenyataan memaklumkan pihaknya telah sudah menerima perintah mahkamah bagi melaksanakan tindakan tersebut.

Menurut kenyataan itu, tindakan tegas diambil selepas segala tindakan untuk mendapatkan bayaran tertunggak selama 14 tahun gagal diperolehi dari premis tersebut.

“Surat peringatan sudah diserahkan beberapa kali dan lawatan ke premis serta surat tuntutan dan pengeluaran saman telah dilaksanakan.

“Walaupun penghakiman telah dikeluarkan bagi menuntut dan mendapatkan bayaran tertunggak untuk caj perkhidmatan pembetungan premis tersebut namun masih tiada sebarang bayaran dibuat,” katanya menerusi kenyataan itu.

"Kita tetap meneruskan perkhidmatan pembetungan IWK kepada premis berkenaan," katanya.

Kerja-kerja penyusunan bata sedang dijalankan bersama tampalan simen untuk menutup paip pembetungan persendirian di premis berkenaan
Kerja-kerja penyusunan bata sedang dijalankan bersama tampalan simen untuk menutup paip pembetungan persendirian di premis berkenaan

IWK turut memaklumkan, sehingga 31 Disember lalu, hutang tertunggak yang terkumpul sejak IWK ditubuhkan 25 tahun lepas adalah kira-kira RM688 juta yang boleh memberi kesan buruk kepada kedudukan kewangan syarikat.

Artikel Berkaitan:

“Pihak IWK berusaha memberi notis, berbincang dengan penghutang, mengeluarkan surat saman serta menjalankan pelbagai promosi untuk memujuk penghutang membayar bil mereka namun penghutang tegar ini masih enggan menjelaskan hutang,” katanya.

Menurut kenyataan itu, tindakan pemotongan perkhidmatan pembetungan ke atas premis tersebut tidak akan menjejaskan perkhidmatan pembetungan kepada premis berdekatan.

Terdahulu, IWK menerusi kenyataan itu memaklumkan syarikat itu berjaya merekodkan kira-kira 89 peratus kumulatif pembayaran bil pembetungan.

“Menjadi harapan IWK pengguna sedar kepentingan rawatan air kumbahan kepada alam sekitar dan memohon semua pengguna premis bersambung untuk lebih bertanggungjawab menyelesaikan sebarang tunggakan bil perkhidmatan pembetungan dengan segera.

“Kami hargai pelanggan yang menjelaskan bil pembetungan mereka,” katanya.