Identiti dua mangsa rentung belum dikenal pasti

Keratan artikel mengenai kemalangan tersebut.
Gambar kecil: Mohd Said
Keratan artikel mengenai kemalangan tersebut. Gambar kecil: Mohd Said
A
A
A

SEREMBAN - Polis masih berusaha mengenal pasti dua individu yang ditemui rentung dalam kemalangan di Kilometer 262.3 Lebuhraya PLUS arah utara semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, pihaknya belum dapat mengenal pasti identiti dua individu tersebut buat masa ini.

"Sebaik sahaja semuanya selesai, kita akan maklumkan," katanya ringkas kepada media di sini semalam.

Terdahulu, dalam kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 6 petang, sebuah kenderaan musnah 100 peratus selepas terbabas memasuki parit sehingga menyebabkan kebakaran.

Dalam kejadian itu, pemandu dan seorang penumpang ditemui rentung dan mayat kemudiannya dihantar ke Hospital Tuanku Seremban untuk dibedah siasat.

Bagaimanapun katanya, identiti mangsa dan kenderaan yang digunakan masih belum dikenal pasti.

ARTIKEL BERKAITAN Dua rentung dalam kemalangan

Artikel Berkaitan: