'Haram sebar video atau gambar mangsa rentung' - Zulkifli Al Bakri

Kenyataan dimuat naik Zulkifli menerusi platform X.
Kenyataan dimuat naik Zulkifli menerusi platform X.
A
A
A

MALAYSIA digemparkan nahas pesawat terhempas di Elmina, Seksyen U16 Shah Alam, Selangor pada Khamis.

Menerusi tragedi menyayat hati itu, 10 dilaporkan terkorban termasuk enam penumpang pesawat, dua kru dan dua orang awam yang kebetulan berada di tempat kejadian.

Rentetan kejadian itu, banyak perkongsian dibuat oleh netizen di media sosial, seiring dengan perkembangan tragedi.

Ada dalam kalangan pengguna internet turut berkongsi video dan gambar-gambar mangsa yang terkorban dalam tragedi berkenaan, termasuk mayat yang telah rentung terbakar.

Mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri menerusi platform X berkata, tindakan menyebarkan sebarang bentuk visual berkenaan dengan mangsa tragedi hukumnya haram.

“Haram sebarkan video atau gambar mangsa yang rentung dalam tragedi tersebut. Itu akan melukakan hati keluarganya, juga melibatkan maruahnya,” tulis Zulkifli.

Dalam masa yang sama beliau turut berkongsi sabda Rasulullah SAW yang membawa maksud: “Hak setiap Muslim ke atas muslim yang lain adalah haram (baginya mencerobohi) maruahnya, hartanya dan darahnya”. Riwayat Muslim (2564).

ARTIKEL BERKAITAN

Artikel Berkaitan:

Nahas Elmina: Enam mayat ditemui, lima daripadanya tak sempurna

Nahas Elmina: Salah satu komponen kotak hitam ditemui - Polis

Nahas terlalu mendadak mungkin punca tiada isyarat 'mayday' - Pakar

Nahas Elmina: Perlukan masa untuk kenal pasti identiti mayat

Nahas Elmina: Enam mayat ditemui, lima daripadanya tak sempurna

Nahas Elmina: Tragedi pesawat kedua di Elmina selepas 46 tahun

Nahas Elmina: Adik sayang mama, ucapan terakhir juruterbang

'Abang saya anak peneroka, bukan anak Jamaluddin Jarjis'

Saya bukan antara mangsa nahas di Elmina, kata anak Jamaluddin Jarjis

Nahas Elmina: Syarikat pengendali pesawat berdaftar, ada lesen

Nahas Elmina: Operasi cari komponen kotak hitam FDR diteruskan

Nahas Elmina: Suami pesan kebumikan di kampung halaman

Nahas Elmina: Operasi di lokasi nahas pesawat disambung pagi ini