PPM rampas rokok bernilai RM142,797

PPM merampas pelbagai jenis rokok tidak bercukai bernilai RM142,797 dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Kota Warisan, Sepang Selasa lalu.
PPM merampas pelbagai jenis rokok tidak bercukai bernilai RM142,797 dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Kota Warisan, Sepang Selasa lalu.
A
A
A

KLANG - Pasukan Polis Marin (PPM) Pelabuhan Klang merampas 898 karton rokok putih pelbagai jenis bernilai RM142,797 yang dipercayai diseludup masuk ke negara ini dalam serbuan di kawasan rumah teres di Taman Kota Warisan, Sepang Selasa lalu.

Komander PPM Wilayah Satu, Asisten Komisioner Rosman Ismail berkata, pihaknya mengesan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Proton Exora di Pekan Banting pada jam 4 petang.

“Kita telah mengekori kenderaan tersebut sehingga ke kawasan rumah teres Taman Warisan, Sepang dan menahannya ketika sedang memasuki pagar sebuah rumah.

“Hasil pemeriksaan, kita menjumpai beberapa kotak rokok yang mengandungi pelbagai jenis rokok tidak bercukai dan wang tunai sebanyak RM3,000 yang disimpan di tempat duduk penumpang hadapan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rosman berkata, pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan mendapati nombor pendaftaran yang digunakan tidak sama dengan nombor pendaftaran pada cukai jalan.

“Pemeriksaan di dalam rumah berkenaan menjumpai sejumlah rokok pelbagai jenis di ruang tamu rumah dan wang tunai RM6,898 dipercayai hasil jualan rokok tidak sah,” katanya.

Menurutnya, rumah tersebut telah disewa untuk dijadikan stor transit rokok.

“Pemandu kenderaan berusia 33 tahun itu juga telah mengaku terlibat dalam aktiviti menjual rokok tidak bercukai sejak setahun lalu.

Artikel Berkaitan:

"Dia ditahan dan dibawa ke Markas Operasi PPM untuk tindakan lanjut mengikut Akta Kastam 1967,” katanya.