Mengandung pun masih menagih dadah

Wanita mengandung antara 16 ditahan AADK Pasir Puteh sedang melepaskan gian.
A
A

PASIR PUTEH - Seorang wanita mengandung 13 minggu dicekup selepas terlibat dalam penyalahgunaan dadah di Kampung Lubuk Star, dekat sini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Pasir Puteh semalam.

Wanita berkenaan ditahan bersama 15 lelaki lain berusia 19 hingga 50-an tahun dipercayai sedang melepaskan gian di kawasan kampung terbabit.

Pegawai AADK Pasir Puteh, Normazainy Mat Roni berkata, hasil ujian air kencing ke atas wanita berbadan dua itu mendapati dia positif dadah.

"Kita akan mendapatkan perintah (mahkamah) ke atas wanita ini selepas dia selamat melahirkan anak," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kesemua suspek iaitu seramai 12 daripadanya positif dadah jenis opiate, manakala empat lagi methamphetamine.
Kesemua suspek iaitu seramai 12 daripadanya positif dadah jenis opiate, manakala empat lagi methamphetamine.

Menurutnya, kes tersebut akan dirujuk mengikut Seksyen 6 (1)(a) Akta Penagihan Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 berikutan wanita berkenaan pernah terlibat dengan penyalahgunaan bahan terlarang itu.

Sementara itu katanya, kesemua suspek iaitu seramai 12 daripadanya positif dadah jenis opiate, manakala empat lagi methamphetamine.

"Kita akan terus lipat gandakan operasi dalam usaha mencegah penyalahgunaan dadah," katanya.