Bangunan Sekolah Telupid diperbaiki

 Kementerian Pendidikan
Kementerian Pendidikan
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil tindakan memperbaiki tiga blok bangunan Sekolah Kebangsaan Pekan Telupid, Sabah yang rosak akibat dilanda ribut, Jun lalu.

KPM dalam kenyataannya berkata, turut diperbaiki, dua blok rumah pekerja, surau, rumah guru dan pondok menunggu bas.

"Pada 16 September lalu, Jabatan Pendidikan Neger Sabah telah melantik kontraktor untuk melakukan kerja pembaikan," katanya.

Menurutnya, 85 peratus kerja- kerja tersebut telah dibaiki dan akan siap sepenuhnya pada Februari.

"Pihak sekolah dan JPN Sabah telah memaklumkan kepada ibu bapa sebelum sesi persekolahan dibuka berhubung keperlua khemah sementara dan mereka memahaminya,.

"KPM memohon maaf atas ketidakselesaan yang timbul dan mengucapkan terima kasih kepada guru, pelajar dan ibu bapa serta semua pihak yang memberi kerjasama," katanya.

Semalam, media melaporkan hampir separuh daripada 800 pelajar sekolah berkenaan terpaksa belajar dalam keadaan tidak selesa selepas aktiviti pembelajaran dilakukan di dalam khemah.

Artikel Berkaitan: