Rumah musnah dalam kebakaran

Keadaan rumah mangsa ketika kebakaran berlaku. - Foto IHSAN ORANG RAMAI
Keadaan rumah mangsa ketika kebakaran berlaku. - Foto IHSAN ORANG RAMAI
A
A
A

MARAN - Sebuah rumah musnah dalam kebakaran di Felda Ulu Jempol, Bandar Jengka di sini hari ini.

Kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu tidak melibatkan sebarang nyawa atau kecederaan kerana ketika kejadian penghuni tiada di rumah.

Komander Operasi Kanan,Penolong Penguasa Bomba Raja Mohd Arif Raja Shamsudin yang juga Ketua BBP Jengka memberitahu, seramai sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) dengan bantuan dari BBP Bukit Angin dan Maran serta dua buah jentera FRT bersama sebuah jentera tangki air bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 10.32 pagi.

Anggota bomba bertungkus-lumus memadamkan api di tempat kejadian. - Foto IHSAN BOMBA
Anggota bomba bertungkus-lumus memadamkan api di tempat kejadian. - Foto IHSAN BOMBA

"Sebaik tiba di lokasi kejadian mendapati terdapat sebuah rumah jenis separuh kekal terbakar," katanya.

Menurutnya, kemusnahan melibatkan 100 peratus dan operasi berakhir pada jam 1.02 petang.

"Setakat ini punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya.

Artikel Berkaitan: