Rokok: Notis amaran buat perokok, pengusaha kedai

Seorang pengusaha kedai makan menandatangani notis amaran dan diperhatikan Chee Leong keranan gagal mempamerkan tanda larangan merokok di Hang Tuah Mall, di sini, hari ini.
Seorang pengusaha kedai makan menandatangani notis amaran dan diperhatikan Chee Leong keranan gagal mempamerkan tanda larangan merokok di Hang Tuah Mall, di sini, hari ini.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Jabatan Kesihatan Negeri Melaka mengeluarkan notis amaran kepada 28 perokok tegar sepanjang tempoh penguatkuasaan yang bermula 1 Januari lalu.

Exco Kesihatan dan Anti Dadah Negeri Melaka, Low Chee Leong berkata, selain perokok, aktiviti penguatkuasaan pendidikan yang dilaksanakan selama tiga hari itu turut memberikan notis amaran kepada 169 pemilik dan pengusaha kedai makan daripada 272 buah di sekitar tiga daerah negeri ini kerana tidak mempamerkan tanda larangan merokok yang ditetapkan.

"Jumlah 28 perokok yang diberi amaran itu termasuk 21 daripadanya melakukan kesalahan merokok dalam premis makanan di sekitar daerah Jasin, tujuh di Melaka Tengah manakala tiada kes di Alor Gajah.

"Kita dapati mereka sedia maklum mengenai larangan itu yang telah dikuatkuasakan tiga hari lalu, namun tahap kesedaran pengusaha untuk meletakkan tanda larangan merokok agak rendah dan kita akan meneruskan turun padang membuat penguatkuasaan pendidikan," katanya.

Chee Leong berkata demikian ketika membuat pemantaua tempat makan sebagai kawasan larangan merokok di sekitar Hang Tuah Mall di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengarah Kesihatan Negeri Melaka, Dr Rushidi Ramly dan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Melaka, Dr Amirullah Mohd Arshad.

Dalam pada itu, sebanyak 1,935 keping risalah antimerokok diedarkan kepada pengusaha kedai makan di seluruh negeri.

Artikel Berkaitan: