MAIPs perlu dana tambahan untuk projek pusat hemodialisis

Bangunan pusat hemodialisis yang 91 peratus siap dibina.
Bangunan pusat hemodialisis yang 91 peratus siap dibina.
A
A
A

KUALA PERLIS - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) memerlukan sumbangan wang wakaf daripada orang ramai untuk mencukupkan perbelanjaan membina bangunan wakaf di kawasan Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini.

Ketua Pegawai eksekutifnya, Mohd Nazim Mohd Noor berkata, bangunan tersebut akan dijadikan Pusat Perkhidmatan Hemodialisis, dibina dengan kos sebanyak RM6 juta.

Bagaimanapun menurutnya, sumbangan wakaf diterima setakat ini hanya RM1.4 juta.

“Sehubungan itu, MAIPs amat memerlukan sumbangan orang ramai untuk mencukupkan kos pembinaan tersebut sedangkan projek dijangka siap pada Januari 2020,” katanya semasa menyampaikan ceramah ‘Bersama MAIPs: Menjunjung Syiar, Memaju Ummah’ di sini malam tadi.

Katanya, sehingga 3 November lepas, kerja-kerja pembinaan bangunan berkenaan telah mencapai 91 peratus siap bagi membolehkan ia disiapkan mengikut jadual awal tahun hadapan.

Pusat Hemodialisis itu kelak akan memberi rawatan kepada pesakit buah pinggang dengan mengutamakan mereka yang berada dalam kategori kurang mampu.

Sebarang sumbangan boleh dibuat dengan memasukkan wang ke dalam akaun Bank Islam Malaysia Berhad MAIPs pada nombor akaun 09010010063983. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Projek bangunan wakaf MAIPs hampir siap

Artikel Berkaitan: