Projek bangunan wakaf MAIPs hampir siap

Bangunan pusat hemodialisis yang 91 peratus telah siap dibina. (Gambar kecil: Dr Mohd Asri Zainul Abidin)
Bangunan pusat hemodialisis yang 91 peratus telah siap dibina. (Gambar kecil: Dr Mohd Asri Zainul Abidin)
A
A
A

KANGAR - Pusat Perkhidmatan Hemodialisis di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar yang merupakan bangunan wakaf Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) hampir siap dibina.

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, projek ini merupakan sebuah mercu tanda wakaf di Perlis yang dijangka siap menjelang Januari 2020.

"Sehingga 3 November 2019, projek berkenaan telah mencapai 91 peratus siap pembinaannya," katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya hari ini.

Menurutnya, buat masa ini, sebanyak RM1.4 juta sumbangan telah berjaya dikumpul daripada keseluruhan RM6 juta yang diperlukan.

Oleh demikian, beliau berkata, MAIPs mempelawa semua pihak atau orang perseorangan tanpa mengira latar belakang untuk tampil menghulurkan bantuan bagi mengumpul dana tersebut.

"Sumbangan boleh disalurkan melalui pindahan wang ke akaun Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis 09010010063983 (Bank Islam Malaysia Berhad)," katanya.

Artikel Berkaitan: