Lebih ramai lelaki cenderung bunuh diri

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Kes bunuh diri semakin meningkat dalam kalangan golongan muda terutama golongan lelaki ekoran daripada pelbagai masalah yang terpaksa dipikul.

Menurut Pakar Psikologi Terutama, Pusat Psikologi Antarabangsa, Dr Edward Chan, masalah percintaan dan kekeluargaan kekal menjadi punca utama individu memilih untuk membunuh diri sebagai jalan pintas kerana tidak mampu menanggung tekanan yang dihadapi.

"Isu kekeluargaan dan konflik dengan pasangan menjadi penyebab seseorang membunuh diri kerana tidak mampu untuk menanggung beban malah ia dianggap sebagai penyelesaian kepada masalah," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini semalam.

Dr Edward Chan
Dr Edward Chan

Dalam pada itu beliau berkata, kanak-kanak yang menjadi mangsa buli di sekolah mudah terdedah kepada kes bunuh diri.

"Mangsa buli di sekolah mudah terlibat dengan kes bunuh diri kerana beranggapan bahawa ia penamat kepada penderitaan menjadi mangsa buli," tambahnya.

Sementara itu Dr Edward berkata, masalah bunuh diri dapat di atasi sekiranya mangsa bertindak berkongsi masalah yang dihadapi bersama keluarga, rakan dan pihak kaunseling.

"Tidak semua masalah kita mampu pendam dan sewajarnya carilah seseorang yang boleh mendengar serta membantu ketika kita dalam kebuntuan," tegasnya.

Beliau menyeru individu, keluarga dan organisasi untuk mendapatkan terapi kaunseling bagi mengelakkan sebarang perkara luar jangkaan berlaku.

Artikel Berkaitan: