Amaran cuaca peringkat waspada di Sabah

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Amaran cuaca peringkat waspada dikeluarkan bagi beberapa kawasan di tiga bahagian di Sabah serta Wilayah Persekutuan Labuan mulai 5 hingga 6 November ini.

Menurut Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional, hujan lebat dijangka berlaku di Bahagian Pantai Barat iaitu di Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belut; Bahagian Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort); dan Bahagian Kudat serta Wilayah Persekutuan Labuan.

“Amaran dikeluarkan berikutan terdapatnya sistem tekanan rendah yang terbentuk di kawasan perairan barat Filipina yang akan mengakibatkan hujan lebat berserta angin kencang di kawasan terbabit,” menurut kenyataan itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: