X

Kindly register in order to view this article
!

Nahas helikopter: Dua lagi mayat ditemukan

Operasi SAR di sekitar Dokdo itu turut disertai tentera laut dan pengawal pantai. - Foto AFP
A
A

SEOUL - Pasukan penyelamat Korea Selatan hari ini menjumpai dua lagi mayat dipercayai antara empat mangsa yang masih hilang selepas sebuah helikopter terhempas sejurus ia berlepas dari kepulauan Dokdo pada malam Khamis lalu.

Pengawal Pantai memaklumkan kejadian itu berlaku selepas misi menyelamat seorang nelayan yang cedera di kepulauan kecil itu yang menjadi pertikaian dengan Jepun.

Semalam, satu daripada tiga mayat yang berjaya ditemukan berada dalam helikopter dalam keadaan terbalik di dasar laut pada kedalaman 72 meter (m) dan pada jarak 600m dari Dokdo.

ARTIKEL BERKAITAN: Helikopter terhempas: Tiga mayat ditemukan

Ketiga-tiga mayat tersebut ditemukan oleh kapal selam tanpa pemandu walaupun pasukan penyelam cuba menjejaki mereka secara manual kerana bimbang 'tangan robot' kapal selam terbabit akan merosakkan mayat mangsa.

Ketika ini puluhan penyelam masih giat melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) untuk menjejaki baki mayat bersama kapal tentera laut, helikopter dan pesawat di sekitar lokasi nahas. - AFP

ARTIKEL BERKAITAN: Penyelam jumpa bangkai helikopter

Misi mencari helikopter terhempas di Korea Selatan diteruskan


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!