Jet pejuang AS terhempas di ladang Korea Selatan

Gambar fail AP.
Gambar fail AP.
A
A
A

SEOUL - Sebuah jet pejuang F-16 Forces Korea (USFK) Amerika Syarikat terhempas di kawasan ladang berhampiran Pangkalan Udara Osan Korea Selatan pada Sabtu, manakala juruterbang berjaya menyelamatkan diri.

Menurut pihak berkuasa bomba dan polis tempatan, kemalangan berlaku di Pyeongtaek kira-kira 9.30 pagi waktu tempatan, 60 kilometer selatan Seoul, lapor agensi berita Yonhap.

Jet itu dilaporkan terhempas di kawasan ladang lalu terbakar.

Tiada kemalangan jiwa atau kerosakan orang awam dilaporkan.

Sayap Pejuang ke-51 AS kemudiannya mengumumkan nahas berlaku kira-kira 9.45 pagi dan juruterbang berjaya menyelamatkan diri sebelum dibawa ke kemudahan perubatan berdekatan.

Menurut kenyataan pihak berkuasa, juruterbang berkenaan sedang menjalani latihan rutin manakala kemalangan sedang disiasat. - Bernama