30 pendatang Pakistan ditemui dalam lori di Perancis

Lori dengan 39 mayat dipercayai warga Vietnam ditemui di kawasan perindustrian di Essex, timur London minggu lalu.
Lori dengan 39 mayat dipercayai warga Vietnam ditemui di kawasan perindustrian di Essex, timur London minggu lalu.
A
A
A

PARIS - Lebih 30 pendatang dari Pakistan ditemukan bersembunyi dalam sebuah lori di selatan Perancis, menurut pendakwa raya hari ini.

Pemandu yang juga dari Pakistan turut ditahan.

Sekumpulan 31 migran dari Islamabad itu ditemui ketika pemeriksaan rutin di lebuh raya berhampiran sempadan Itali semalam.

Kesemua mereka termasuk tiga remaja diserahkan kepada pihak berkuasa Itali mengikut prosedur imigresen.

"Kami akan cuba menyiasat siapa dalang di sebalik kejadian ini," menurut pendakwa.

Minggu lalu, 39 mayat dipercayai warga Vietnam ditemui dalam sebuah lori kontena di kawasan perindustrian di Essex, timur London. - AFP

Artikel Berkaitan: