PAIP setuju bina tangki baharu selesai masalah penduduk: Andansura

Andansura (tengah) mengadakan perjumpaan dengan penduduk dan wakil daripada Paip bagi menyelesaikan masalah air di kampung itu.
Andansura (tengah) mengadakan perjumpaan dengan penduduk dan wakil daripada Paip bagi menyelesaikan masalah air di kampung itu.
A
A
A

KUANTAN - Pembinaan tangki baharu di Kampung Batu Hitam di Dewan Undangan Negeri (DUN) Beserah akan dilaksanakan dalam masa terdekat bagi menyelesaikan masalah gangguan bekalan air di kawasan berkenaan sejak sekian lama.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beserah, Andansura Rabu berkata, kampung tersebut dan juga Kampung Alor Batu Jabor dikenal pasti sering mengalami masalah tersebut sejak bertahun-tahun berikutan tekanan air rendah di kedua-dua kawasan.

Menurutnya, untuk penyelesaian di Kampung Batu Hitam, Pengurusan Air Paip Pahang Berhad (PAIP) telah bersetuju untuk membina tangki baharu bagi membolehkan air dibekalkan kepada penduduk di kawasan itu, sekali gus menyelesaikan masalah di kawasan tersebut sepenuhnya.

"Bagaimanapun di Kampung Alor Batu Jabor pula masih di peringkat perbincangan," katanya di sini semalam.

Beliau berkata, lokasi bagi pembinaan tangki tersebut sudah dikenal pasti dan pembinaannya akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

Sebelum itu, beliau bersama wakil daripada PAIP telah mengadakan lawatan di kawasan perumahan Batu Hitam bagi mengetahui lebih lanjut mengenai permasalahan berkenaan.

Artikel Berkaitan: