X

Kindly register in order to view this article
!

Konsesi Pharmaniaga akan berakhir, kata Dzulkefly

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad -Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Perkhidmatan Pharmaniaga yang memegang konsesi pembekalan ubat-ubatan serta peralatan perubatan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) akan berakhir, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata, pihaknya tidak lagi menggunakan syarikat konsesi bagi membekalkan logistik dan pengedaran bekalan ubat-ubatan dan sebaliknya KKM akan memperkenalkan sistem tender terbuka bagi tujuan tersebut.

“Tiada lagi konsesi,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan pameran dan persidangan Systematised Nomenclature of Medicine - Clinical Terms (SNOMED CT) di sini hari ini.

Bagaimanapun katanya perkhidmatan Pharmaniaga akan terus digunakan sehingga Kabinet memutuskan mekanisme sistem tender terbuka.

“Ini kerana kita tidak mahu mengalami keputusan rangkaian bekalan. Jadi kita bagi sedikit masa. Perkhidmatan mereka akan digunakan sehingga kabinet memutuskan mekanisme untuk menguruskan sistem tender terbuka,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Urusan Pharmaniaga terus berjalan sementara tunggu keputusan Kabinet

Dzulkefly berkata, beliau akan menyuarakan perkara itu kepada Kabinet untuk memutuskan mekanisme sistem tender terbuka itu dengan harapan ia akan dapat dilaksanakan pada suku pertama tahun hadapan.

Difahamkan konsesi Pharmaniaga bersama KKM akan tamat pada 30 November ini. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!