X

Kindly register in order to view this article
!

Beli, kumpul barangan bersubsidi sebelum seludup ke Thailand

Anggota KPDNHEP membuat pemeriksaan terhadap sebuah lori bernombor pendaftaran tempatan dan menemui minyak masak bersubsidi berjumlah 6.8 tan.
A
A

RANTAU PANJANG - Membeli barang kawalan bersubsidi di luar Kelantan seperti Pulau Pinang, Perak dan Pahang menjadi taktik terbaharu penyeludup bagi 'melindungi' kegiatan haram tersebut daripada dihidu anggota penguat kuasa.

Bukan itu sahaja, mereka membuat pembelian barang kawalan yang dikilangkan dan dibungkus di dalam negeri ini.

Tidak cukup dengan itu, mereka yang merupakan pemilik berlesen menyimpan barang kawalan bersubsidi di alamat yang tidak berlesen dengan tujuan mengelakkan ia dikesan.

Bagaimanapun modus operandi licik itu berjaya dihidu anggota penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan hasil kerja-kerja pengauditan menerusi Operasi Barang Kawalan Berjadual di sempadan.

Pemeriksaan dijalankan di sebuah premis berlesen (pemborong tepung gandum) di sekitar Rantau Panjang.
Pemeriksaan dijalankan di sebuah premis berlesen (pemborong tepung gandum) di sekitar Rantau Panjang.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Negeri, Azanizam Affendi Juri berkata, melalui kerja-kerja itu pihaknya mengesan wujudnya penyelewengan barangan kawalan yang cuba diseludup ke negara jiran.

"Sekitar jam 10 pagi tadi, kita telah menjalankan pemeriksaan di sebuah premis berlesen (pemborong tepung gandum) di sekitar Rantau Panjang.

"Hasil pemeriksaan yang dilakukan pasukan serbuan menemui tepung gandum bersubsidi sebanyak 10.1 tan bersebelahan premis tersebut," katanya.

Menurutnya, individu yang merupakan pemilik kepada barangan itu tanpa berselindung mengakui ia adalah miliknya yang disimpan di premis bersebelahan yang tidak dilesenkan.

Katanya, berpandukan kepada maklumat itu anggota penguatkuasa KPDNHEP Kelantan telah membuat pemeriksaan terhadap sebuah lori bernombor pendaftaran tempatan dan menemui minyak masak bersubsidi berjumlah 6.8 tan.

"Nilai rampasan kedua-dua barangan itu dianggarkan berjumlah 30,907.50," katanya.

Anggota KPDNHEP memeriksa barangan bersubsidi yang cuba disorok penyeludup.
Anggota KPDNHEP memeriksa barangan bersubsidi yang cuba disorok penyeludup.