Maqis rampas ikan hiasan

Antara ikan hiasan yang dirampas dalam pemeriksaan di laluan bas Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam di sini Khamis lalu.
Antara ikan hiasan yang dirampas dalam pemeriksaan di laluan bas Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam di sini Khamis lalu.
A
A
A

BUKIT KAYU HITAM - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) menggagalkan cubaan membawa masuk ikan hiasan diimport dari Thailand secara tidak sah di laluan bas Kompleks Imigresen, Kastam Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam di sini Khamis lepas.

Pengarah Maqis Kedah, Lily Rosalind berkata, sebanyak 148 ekor ikan hiasan pelbagai jenis tidak mempunyai sebarang dokumen seperti permit import yang dikeluarkan Jabatan Maqis ditemui hasil pemeriksaan dijalankan di laluan bas itu.

"Kita merampas beberapa jenis ikan iaitu 109 ekor ikan emas, 20 ekor ikan discus, 15 ekor ikan koi dan empat ekor ikan beta yang dianggarkan bernilai RM307.

"Kes ini akan disiasat di bawah seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728)," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, jika disabitkan bersalah pelaku akan didakwa di bawah seksyen 11(3) Akta yang sama dan denda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya.

Beliau berkata, bagi kesalahan yang kedua atau berikutnya didenda tidak melebihi RM150,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya.

Katanya, Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] digunapakai bagi memastikan kawalan penyakit haiwan, ikan, tumbuhan dan jaminan keselamatan makanan mematuhi aspek kesihatan manusia serta dapat mengawal kemasukan penyakit merbahaya yang boleh mengancam industri perikanan negara.

Artikel Berkaitan:

Maqis merampas 148 ikan hiasan pelbagai jenis di laluan bas Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam di sini Khamis lalu.
Maqis merampas 148 ikan hiasan pelbagai jenis di laluan bas Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam di sini Khamis lalu.