Mayat timbul selepas keluarga baca Yasin

Mayat lelaki berkenaan dibawa naik ke tebing dan dihantar ke HRPZ II untuk bedah siasat.
Mayat lelaki berkenaan dibawa naik ke tebing dan dihantar ke HRPZ II untuk bedah siasat.
A
A
A

KOTA BHARU - Mayat seorang pengurus jualan kereta yang terjatuh ke Sungai Kelantan semalam dikatakan timbul selepas ahli keluarganya membacakan surah Yasin di lokasi kejadian.

Mayat lelaki berusia 42 tahun itu ditemui terapung dengan lengkap berpakaian pada jam 9.50 malam semalam di lokasi dia dikatakan jatuh di Jambatan Sultan Yahya Petra di sini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Darulnaim, Mohd Ridzuan Ali berkata, ahli keluarga mangsa datang ke lokasi dan membaca Yasin bermula jam 9 malam.

Katanya, tidak lama selepas itu ahli keluarganya melihat mayat timbul di permukaan air sebelum memaklumkan kepada anggota yang berada di lokasi kejadian.

“Sebaik mendekati lokasi itu mendapati mayat timbul dan anggota bertugas bergegas mengangkat lelaki itu naik ke tebing.

“Mayat kemudian diserahkan kepada pihak polis dan dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk bedah siasat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud ketika dihubungi mengesahkan penemuan itu.

“Mayat diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengebumian selepas selesai bedah siasat.

Artikel Berkaitan:

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Bapa dua anak dikhuatiri lemas

Akhbar semalam melaporkan, seorang bapa kepada dua anak dikhuatiri lemas dipercayai selepas terjatuh dari Jambatan Sultan Yahya Petra di Sungai Kelantan di sini kelmarin.

Kejadian berlaku pada jam 10 pagi selepas lelaki berkenaan menunggang sebuah motosikal Modenas dan memberhentikan motosikal itu di tepi jambatan.

Lelaki tersebut dikatakan mengalami kemurungan sejak beberapa bulan lalu dan mendapatkan rawatan di hospital.