Suspek serang pos kawalan diburu

Laporan Sinar Online berhubung serangan mercun roket di Markas Pos Padang Besar Batalion 2 Pasukan Gerakan Am (PGA) semalam.
Laporan Sinar Online berhubung serangan mercun roket di Markas Pos Padang Besar Batalion 2 Pasukan Gerakan Am (PGA) semalam.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) giat menjalankan siasatan termasuk mengenal pasti individu yang terlibat melakukan serangan mercun roket di kawasan Pos Padang Besar Batalion 2 Pasukan Gerakan Am (PGA), Perlis semalam.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor berkata, individu terlibat tidak boleh didedahkan lagi.

"Siasatan masih dilakukan dan kita tidak boleh pastikan sama ada suspek yang melakukannya adalah warga Thailand atau mana-mana warganegara sekali pun.

“Apa yang pasti ada berlaku (serangan) mercun di pos kawalan itu,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Sistem E-Pengambilan PDRM di Bukit Aman semalam.

ARTIKEL BERKAITAN: Pos PGA Padang Besar diserang mercun roket

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, polis sentiasa melaksanakan penguatkuasaan undang-undang jalan raya dalam menangani kegiatan basikal lajak demi keselamatan semua pengguna.

"Pihak trafik sentiasa memantau perkara ini dengan mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat. Ada banyak kesalahan boleh dikenakan tindakan termasuklah siasatan terhadap ibu bapa," katanya.

Semalam, Mahkamah Majistret Johor Bahru melepaskan dan membebaskan seorang jurujual wanita daripada tuduhan memandu secara melulu hingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak pada 18 Februari 2017.

Artikel Berkaitan:

Majistret Siti Hajar Ali membebaskan Sam Ka Ting, 24, tanpa memanggilnya membela diri terhadap pertuduhan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh di akhir kes pendakwaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Jurujual langgar 8 remaja berbasikal lajak dibebaskan